Thursday, 28 April 2011

testimoni yang sudah sembuh selepas mengunakan mesin terapi dr health 9000

 MUSLIMAH AHMAD ( 611225-01-54XX )

MUSLIMAH AHMAD ( 611225-01-54XX )
Saya selalu berasa sakit-sakit lutut, sakit kaki, kebas-kebas dan sakit badan. Selain itu juga tidak boleh minum minuman berais dan makan makanan yang sejuk. Selepas menjalani 9 kali terapi, sakit lutut, sakit kaki, kebas dan sakit badan telah hilang. Saya juga sudah boleh makan sebarang jenis makanan. Selain itu, saya juga menyedari jeragat di muka saya telah hilang da muka saya nampak lebih terang.

SUKARNO KASMIRAN ( 590721-11-50XX )

SUKARNO KASMIRAN ( 590721-11-50XX )
Saya menghidapi penyakit asma, sakit lutut, kebas, sakit kepala, mata kabur, sakit kaki dan sakit tengkuk. Selepas menjalani terapi sebanyak 14 kali, kebas-kebas di kaki sudah tiada lagi dan masalah asma juga mulai hilang. Sakit lutut dan sakit kepala juga semakin pulih. Sakit tengkuk juga sudah baik.

AINON MASROM ( 560623-01-59XX )

AINON MASROM ( 560623-01-59XX )
Sebelum ini saya ada penyakit darah tinggi dan selalu sakit di bahagian tumit. Bacaan darah tinggi saya 160/98. Tetapi selepas 10 kali menjalani terapi, tekanan darah tinggi saya turun kepada 130/86 dan sakit di tumit saya juga semakin beransur pulih.

NOR ROHAINI MASRI ( 600423-01-57XX )

NOR ROHAINI MASRI ( 600423-01-57XX )
Sebelum ini saya menghadapi kebas-kebas, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Tetapi selepas 12 kali terapi, masalah kebas-kebas, darah tinggi dan kolestrol tinggi sudah tiada lagi. Saya amat bersyukur sekali dan akan terus menggunakan terapi ini.

Wednesday, 27 April 2011

mencegah lebih baik dari merawat

sejarah kencing manis

Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 SM. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.
Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetes Melitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.

Saturday, 23 April 2011

karnival di johor bharu



keadaan orang ramai sewaktu mempromosikan mesin dr health 9000 amat mengalakan dikawasan karnival bandar dato onn,disamping dapat memperkenalkan mesin terapi yang hebat en aziz agen batu pahat dapat ramai customer yang rata-rata menyatakan keinginan memiliki mesin terapi dr health 9000  malah kebanyakan risalah dr health 9000 dapat diedarkan  kepada orang ramai sewaktu karnival bermula

karnival di johor bharu

sambutan yang amat mengalakan dari penduduk johor bharu

Wednesday, 20 April 2011

sejarah elektrostatik

Sejarah Mesin Terapi Elektrostatik

Berdasarkan kajian Franklin(1752) terdapat satu cara alternatif untuk mencegah dan merawat penyakit manusia dengan menggunakan kesan medan elektrik yang dipanggil voltan tinggi digital terapi atau lebih dikenali sebagai Terapi Elektrostatik Frankli.
               Franklin ialah salah seorang doktor pakar dari German yang terkenal dengan teori “ Sinaran Dari Langit Ke Bumi ” pada tahun1752. Teori beliau telah terbukti apabila Franklin melakukan kajiansemasa ribut petir dengan menaikkan layang-layang sutera dan menyimpan arus elektrik dan merawat pesakit Gout.
              Franklin juga menegaskan diantara ruang udara antara Bumi dan Langit terdapat medan elektrik semulajadi dengan voltan yang unik.
              Untuk membuktikan teorinya, Franklin mengubahsuai generator motor geseran buatan German untuk membina Generator medan elektrik terbaru. Beliau menguji keberkesanan mesin ini terhadap lelaki yang mempunyai masalah insomnia ( susah tidur ) rheumatism, neuralgia dan penyakit yang lain-lain dan keputusan yang sangat menakjubkan tidak dipercayai serta menyakinkan diperolehi. Terapi potensi tinggi ini telah dilancarkan sejak 20 dekad lalu. Negara Eropah, Amerika Syakirat, Jepun dan negara maju yang lain sedang melakukan penyelidikan memajukan teknologi Terapi Medan Elektrik voltan tinggi ini sejak 200 tahun dahulu. Dengan menyatupadukan kajian micro molekular biologi perubatan angkasa dan medan elektrik terhadap hubungan manusia dan alam semulajadi, kajian secara bersiri tentang produk teknologi tinggi perubatan telah bermula.
              Berdasarkan kajian Fok Lok & Topra 1864 , mereka mencipta mesin baru. Jim Baisite telah mengubahsuai kajian tersebut dan mencipta mesin potensi Terapi terkini pada tahun yang sama.Rawatan telah dilakukan dengan menggunakan “ Induction Motor ”untuk terapi pesakit.
              Pada tahun 1928, MD Toshiyuki seorang berbangsa Jepun, melihat Jurnal Perubatan German yang telah diterbitkan suatu masa dahulu dibawah kajian tentang medan voltan tinggi penyelidikan beliau menunjukkan hasil yang menakjubkan keatas pesakit batuk kering yang menjadi sihat setelah menjalani rawatan selama beberapa bulan.
            Penyelidikan beliau juga ditambah dengan bukti-bukti dan laporan yang telah terbukti setelah beberapa dekad penggunaan medan elektrik voltan tinggi untuk pesakit batuk kering telah digunakann secara meluas di German dan ianya lebih dikenali sebagi “ Ion elektrik Elektrok Sihat ”

mesin terapi dr health 9000



•High Potential (1500v,3500v,5000v,9000v)
•Negative Potential (-1500v,3500v,5000v,9000v)
•Light Wave Energy (2000v)
•Sleep Voltage (1500v)
•Electronic Pen ( Acupuncture Type)
•Electronic Pen (Roller Type)

kelebihan mesin terapi dr health 9000

dengan 6 fungsi berbeza
 kelebihan ternyata dan terbukti ramai penguna berpuas hati dengan mesin terapi dr health 9000

Tuesday, 19 April 2011

jantung (pembunuh no. 1)


Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi. 


rujukan :http://www.kesihatan.biz/penyakit_jantung.php

testimoni dr. health 9000

Rokheya Binti Batin (masalah sukar untuk berjalan)
561201-10-58XX
Sebelum: saya menghadapi penyakit saraf yang menyebabkan komplikasi kaki membengkak secara ketara sehingga menyebabkan saya memerlukan menggunakan2 tongkat untuk bergerak sejak setahun lalu. Bengkak di kaki saya semakin hari semakin membesar serta berat badan mengalami peningkatan yang ketara.
Selepas: Selepas 20 kali terapi bengkak di kaki sudah mulai susut. Dan berat badan beransur turun. Saya kini hanya perlu menggunakan satu tongkat untuk bergerak. Sehingga kini saya terus menjalani terapi ini sehingga penyakit benar-benar sembuh.



Mohd Awal Bin Abdul Sanati
490909-05-54XX
(kencing manis,darah tinggi,sakit pinggang,batukarang)

Sebelum: Saya menghadapi masalah kencing manis, buah pinggang, asma, sakit kepala dan penglihatan sudah kabur. Selain itu saya juga selalu berasa kebas di kaki dan lutut juga selalu berasa sakit. Bacaan kencing manis saya terlau tinggi sehingga tidak dapat dibaca. Selain itu saya juga menghadapi masalah batu karang dalam buah pinggang dan terpaksa melakukan pembedahan bagi membuang buah pinggang yang sudah tidak berfungsi.
Selepas: Selepas menjalani terapi sebanyak 18 kali, saya melakukan ujian darah untuk mengetahui bacaan kencing manis saya. Saya terkejut apabila mendapati bacaan kencing manis saya menurun kepada 7.3 dan sakit kaki, kebas serta luka di kaki sudah kering. Selain itu, saya juga tidak perlu melakukan pembedahan untuk membuang buah pinggang yang sebelum ini telah mengecut dan bernanah kerana batu karang dalam buah pinggang sudah pecah dan terkeluar daripada buah pinggang. Malah Doktor mengesahkan buah pinggang saya sudah mulai berfungsi dengan baik. Saya bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan yang normal kerana masih mempunyai buah pinggang dan bertekad akan melakukan terapi tiap-tiap hari bagi meningkatkan kesihatan saya.

Monday, 18 April 2011

masalah obesiti mesin terapi dr health 9000 dapat membantu




ramai dikalangan rakyat malaysia tidak menyedari masalah obesiti boleh menyebabkan masalah penyakit yang kronik oleh itu kita mesti menjaga pemakanan.kerapkan bersenam disamping melakukan terapi dr health 9000 insyaallah sihat..sebab dah ramai yang mengalami perubahan yang ketara selepas mengunakan mesin terapi dr health 9000 anda yang mengalami masalah kesihatan bila lagi hendak mencuba terapi dr health 9000